Perkampungan ini dibuka kira-kira 30 tahun lalu. Dulu dikenali sebagai Rancangan Tanah Pemuda Kg. Sg. Lenek.Jauh dari bandar Segamat 60 km dan dari Yong Peng 20 km.
Mendapat nama baru kerana peristiwa perkahwinan serentak peneroka iaitu kira-kira 23 pasangan. Majlis tersebut diraikan bersama oleh mantan Menteri Besar iaitu Dato' Hj. Osman Bin Saat. Sejak itu (1978) tanah rancangan ini dikenali sebagai Kg. Desa Temu Jodoh.
Pada tahun 1990, sebuah sekolah kebangsaan telah dibina berhampiran kampung ini. Sekolah tersebut diberi nama SEKOLAH KEBANGSAAN DESA TEMU JODOH. Sekolah yang telah melahirkan anak didik yang berjaya dalam pelbagai bidang profesional dan usahawan muda amat tersohor kerana keunikan namanya.
Kg. Desa Temu Jodoh diterajui oleh Ketua Kampung nya iaitu En. Paiman Bin Hj. Anuar
SK Desa Temu Jodoh pula diterajui oleh Tuan Hj. Jumaat B Md. Diman dan dibantu dengan 33 orang guru dan empat kakitangan. PIBG sekolah dipimpin oleh YDP yang sangat prihatin dan penuh komitmen iaitu En. Mohd. Farid Bin Abd. Hamid.
Wednesday, May 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kampung ku... :)
Post a Comment